Assalamualaikum sebagai muka pembicara,
Untuk pengetahuan hampa, aku tak tau dah berapa blog aku create lepas tu aku delete. Agak susah yaaa jadi MILAKUNTUM. Sekejap berubah mood entah ke mana lagi mau berlayar ke angkasa. Okay, da start nak mengarut hehehe. Btw, aku baru nak berjinak balik ke arah penulisan ni. So, boleh jugak nak perbaiki diri dalam masakan dan mungkin agak susah bagi aku nak mencuba balik benda yang sudah lama aku tinggai iaitu dalam penulisan.
Takpa, benda boleh belajar kan ? lagipun senang untuk aku cari balik resepi sebab aku selalu lupa terutamanya bahan-bahan untuk nak dimasak. Tambah ada la jugak perasaan ragu ragu dan asyik soal diri sendiri "eh ! betul ka bahan ni ?" "eh ! Rasanya, masuk bahan ni dulu kot", Well being women ni memang akan jadi masalah negara konon-konon melawan penyakit menular di seluruh dunia Covid-19. Hmm, baiklahhh, back to the main title. Harini aku akan kongsi masakan yang baru aku belajar di dunia kangroo iaitu AUSTRALIA !!
Sebenarnya aku tak pun pandai memasak tetapi sejak aku jejak di Australia. Keinginan nak memasak tu jadi 100%, ada resepi aku mencari dan tanya MR GOOGLE takpun aku akan telepon mak aku kalau aku teringin masakan dia. Alhamdulillah, setiap masakan ofcoz laa takan menjadi, ada yang menjadi pulak aura dia jadi lain macam. Terus automatik jadi rajin dan start laa nak bagi kawan merasa.
Dekat AUSTRALIA, bahan asia memang senang nak cari kalau dibandingkan pada zaman dulu. Sekarang masyarakat MALAYSIA bermastautin disini da mula import barang keluaran MALAYSIA. Harga ikan siakap disini hanya $10.99 seekor. Bagi aku, tak la mahal. Total pembelian pun tak sampai $50. Okay, mari start buat bahan-bahan.
Bahan-bahan yang diperlukan
3 ulas Bawang putih
Seinci Halia (hiris halus)
Cili Hijau *ikut kepedasan hampa nak
2 batang Serai (diketuk)
5 biji asam boi
Dan stim sampai isi ikan jadi betul betul putih.
