mari masak ikan siakap stim ALA ALA "THAILAND"

Assalamualaikum sebagai muka pembicara, 


Untuk pengetahuan hampa, aku tak tau dah berapa blog aku create lepas tu aku delete. Agak susah yaaa jadi MILAKUNTUM. Sekejap berubah mood entah ke mana lagi mau berlayar ke angkasa. Okay, da start nak mengarut hehehe. Btw, aku baru nak berjinak balik ke arah penulisan ni. So, boleh jugak nak perbaiki diri dalam masakan dan mungkin agak susah bagi aku nak mencuba balik benda yang sudah lama aku tinggai iaitu dalam penulisan.


Takpa, benda boleh belajar kan ? lagipun senang untuk aku cari balik resepi sebab aku selalu lupa terutamanya bahan-bahan untuk nak dimasak. Tambah ada la jugak perasaan ragu ragu dan asyik soal diri sendiri "eh ! betul ka bahan ni ?" "eh ! Rasanya, masuk bahan ni dulu kot", Well being women ni memang akan jadi masalah negara konon-konon melawan penyakit menular di seluruh dunia Covid-19. Hmm, baiklahhh, back to the main title. Harini aku akan kongsi masakan yang baru aku belajar di dunia kangroo iaitu AUSTRALIA !!


Sebenarnya aku tak pun pandai memasak tetapi sejak aku jejak di Australia. Keinginan nak memasak tu jadi 100%, ada resepi aku mencari dan tanya MR GOOGLE takpun aku akan telepon mak aku kalau aku teringin masakan dia. Alhamdulillah, setiap masakan ofcoz laa takan menjadi, ada yang menjadi pulak aura dia jadi lain macam. Terus automatik jadi rajin dan start laa nak bagi kawan merasa.



Dekat AUSTRALIA, bahan asia memang senang nak cari kalau dibandingkan pada zaman dulu. Sekarang masyarakat MALAYSIA bermastautin disini da mula import barang keluaran MALAYSIA. Harga ikan siakap disini hanya $10.99 seekor. Bagi aku, tak la mahal. Total pembelian pun tak sampai $50. Okay, mari start buat bahan-bahan.


Bahan-bahan yang diperlukan 

1 ulas Bawang besaq
3 ulas Bawang putih
Seinci Halia (hiris halus) 
Cili Hijau *ikut kepedasan hampa nak
2 batang Serai (diketuk)
5 biji asam boi
Air asam jawa
Garam
1 biji limau nipis atau lemon *
3 sudu sos ikan
1 kiub pati ayam
1sudu so tiram
Carrot *untuk hiasan
Minyak untuk tumis

Cara-caranya, hampa potong limau nipis separuh untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudian, lumurkan air asam jawa. Pastikan air asam jawa tak terlalu panas. Ni selalu jadi kesilapan aku la, sebab aku guna air panas terus tuang ke dalam ikan jadi masak isi heehehe.

Seterusnya, bilas ikan tersebut dan tos. Kemudian, masukkan kedalam kuali dan biarkan panas, barulah tumis bawang merah dan bawang putih yag telah dihiris. Tumis sampai naik bau.

Dan seterusnya, masukan kiub pati ayam yang telah dilarutkan dengan air panas serta 3 sudu kecil sos ikan dan 1 sudu sos tiram yang dikacau sebati. Selepas itu, ikan kena laa masuk dalam steamer khas tapn hampa diy laa macam aku tu. Aku just guna kuali, batu, mangkuk dan foil. Simple. Ikut la kreativiti anda sekalian. Kalau nak advance lagi hampa boleh beli steamer cooker.


Lepas tu hampa parut la carrot dan hiris halia banyak pun tapa (kebaikan sesiapa ada angin banyak)

Dan stim sampai isi ikan jadi betul betul putih.

Senang sebenarnya!! kalau tak jadi takpa, kita kena rajin praktis lagi. Awai-awai ja rasa macam geram sebab kita da buat terbaik tapi last last tak jadi boleh. 

Ok, Selamat Mencuba !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan